klik secara gumpalan please

Friday, April 25, 2014

sharol Shiro dan aku vs kerjaa

assalamualaikum.
dah genap seminggu mungkin aku kerja?
penat? bukan kepalang bos tu buli aku kaw-kaw punya. sampai pam minyak pun suruh aku basuh.sampai ada orang lain said "kesian" phewwww~ mmg aku rasa kerja macam cleaner. sampai pecah, darah-darah jari guaa kena sabun basuh perisa ape entah sampai kecut jari aku. tapi mmg seronok Alhamdulillah~ macam ni rupenye duduk bawah manusia lain. 1st disiplin.2nd buliess everywhere.HAHAH
selamatlah apek bos ni ada manis jugak cakap walaupun die punye lidah simpulll jugak banyak. HAHA
paling best die cakap tadi. "eh Amoi asam jelot sudah kuar tak?" arghh lama gila nak hadam apekejadahnya ayat die cuba sampaikan. lama2 aku terpandangg. "OOOOOOOOOOOOO.. asam jerukkk.
"lu amoi manyak sombong~ pandang atas saja, pandang bawahlah untung2 jumpe duit orang lain jatuh"
HAHAHa, apek ni mmg mintak tumbukkan padu. aku hanya mampu kerang busuk.

btw, aku mmg seronok jugak lah. die bos die kuli. mmg aku takde masa langsung nak "medicure-medicure jari kuku aku. mmg tangan dah maccam buruh kasar. angkat kotak and etc.
sakit jugak tulang belakang ni bukan kepalang. tapi aku percaya rezeki ada dimana-mana. dan hikmah jugak Allah dah selit dalam cerita aku. so aku hanya mmpu syukur dan enjoy my life.
walaupun aku dah takde hujung minggu macam orang lain plus jimba-jimba, tapi aku jugak ada target aku sendiri. aku sedar tak semua orang setuju dan sokong dengan apa aku buat sekrang.
tapi yang sentiasa doakan aku. muaah ckit! <3

semalam aku jadi cashier kan kan kan. aku huntungg~ orang short duit jadi cashier, aku pulak over duit kat cashier..untunglah company tu aku amik aku XD hahhaaT-T  semalam tu jugak kena balik pukul 1 pagi nasib baiklah kawan sekerja ade consider bagi aku balik dulu...kalau tak balik pukul 2. gile ar.dahlah jauh XD

semalam "system down" bukan main kepalang lagi tetibe kena maki kaw-kaw. aku? senyum kerang satu!! hahaha. maklumlah benda tak expect ade "trip" mase diorang tengah upgrade system "kad kredit" so ape lagi semua pam jadi hang.yang dah bayar ape lagi? naik hantu.ade yang maki-maki tak paham. takpe, depa marah pulang je kan duit. yang pelik semalam aku tak sentap sebab ade mereka yang jdi shelter aku mase kena tanya banyak soalan. HAHAHA
ok jugak kerja dengan orang lain jantina ni, adeker patut aku nyanyi2.. diorang cakap ha ye?? cakap ape tak dengar?,errrr sedihhhnya.aku tengah nyayi sorang-sorang kot. malu giler bunyik lagu tak semegah mana dan timbulkan salah faham. tapi TQ kepada they all,sebab aku selalu menyusahkan mereka maklumlah aku kalau kalut mmg kelaut kadang-kadang HAHA
yang adik-adik wanita gojes2 jugak. taktawlah kalau depa tak suka aku ke tak.tapi aku suke diorang sebab sedikit sebnyak aku menyusahkan diorang jugak. dah mmg aku tak faham.. tanye jgn buat-buat pandai khonnn. tapi sampai skrang aku lupe nama mereka. terokkk baq ang ekekkeke

aku antara yang tertua dikalangan mereka tapi chubby2 aku rasa macam lagi muda pulak. HAHAHA! haa dah semalam aku jadi cashier tu kan kan. aku adelah serve seorang customer yang tinggi bukan main mendongak lagi. dahlah tangan aku gigil-gigil, lagi best, suara apak kemahen "GARAU" dan "baligh" sangat. sampai terperanjat aku... cuak~. sekilas aku pandang, 2,3,4,5 sampai 10 kali aku pandang XD berkilas-kilas wuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~
maharajalawak SHIRO-SHAROL

besaqnya lengan oi.. seyes muke mmg nampak granggg macam sarjan misai tengah ajar prebet-prebetnya berkawad.wuuuu~
 tapi nice jugaklah say "trima kasih" benolah kan takkan jalan depan orang pun nk buat lawakbodoh .tak ker bodo amat tu XD
so, mmg ketar2tekan punat mesin cashier . isi minyak kereta besauuu oi. tapi aku tak taw keta ape. nak mintak otograp tapi suara die dah buat urat saraf aku kejang~ dah lah pemalu iols ni. HAHAHA

so, mmg tuah  aku lah kan. dahlah buta geograpy, rupannya beliau duduk area2 situ jugak. OOOOOooo.
nnt leh jumpe lagi kan kan kan kan *miang buluh kau c,ton* HAHAHA

so, kerja diteruskan dengan rasa riang-ria raya. mmg aku punye kerja banyak gile. susun barang ingat senang? susah oi.. aku ade rest mase solat.selamat bos aku ade otak, and respect agama masing-masing. maklumlah bos aku ada sarjana dari utm. no wonderlah perangai saing-saing aku. kerja dia dok menyakat aku. kalau salah selalu say sorry. bagi aku dah cukuplah ada respect and selalu ade word "mintak tolong, hope berkekalan lah perangai orang tua tu. dia mmg suke buli aku tu hakikat! HAHA. tapi aku kuat menjawab~ baru batu bertemu ruas kan. lalalalalalala~
jangan rasa aku diam aku setuju, just respect yang bawak aku kemana-mana. aku salah aku mengaku, aku tak salah kau cari salah. jangan tanya kenapa ayat aku boleh menusuk sampai jantung. wait and see. :)
tapi aku mmg suke kerja dengan belajar. mintak-mintak ade keberkatan aminnn. aku nak hidup dalam ketenangan, kasih sayang, menghormati dan semua unsur positif.
cukuplah cari salah aku.
cukuplah buat aku rasa hina. biarlah aku hina orang lihat tapi masih ade disisiNYA guide me. InsyaALLAH :)
so, status kerja aku akan lebih bergiat aktif sambil2 dengan harapan badan aku susut skit XD ade je nak menyelit kan. ekekekkee.
banyak ragam aku nak ccerita tapi tggu episod seterusnya. muehehehe.

semoga kita semua menikmati dan bersyukur aminn. :)
keep storng bebeh! babai~ nite sok keje.
next nk cerita pasal geng lori hantu wuuuuu~ seriusssss

p/s: aku rasa bekerja pun satu ibadah.mmg bile orang baca enteri ni, ada yang terdetik apalah sangat kerja aku..tapi kepada korang. sebelum judge orang lain. ape kate try dulu. and aku sedar, semua kerja tu ade yang rumitnya. aku faham sekrang aku start mmg dari bawah. tapi insyaALLAH ada kejayaan untuk aku. and one day bile aku baca enteri ni. mungkin aku boleh cerita dan bagi semnagt kat anak cucu aku.
"kalau kita susah, kita jangan lupe tolong orang, bila kita senanag, jangan lupe susah tu pembelajaran dan jangan lupe doa tu kekuatan :)

::Adakalanya kita tidak mendapat sokongan daripada mereka yang kita perlukan, mungkin keluarga ataupun kawan baik. Fahami bahawa, untuk berjaya, sokongan tidak diperlukan. ia boleh membantu, tetapi tidak semestinya ada. Sokongan yang paling penting adalah sokongan yang datang dalam diri kita sendiri untuk :: berjaya!:: renungkan dan jangan terus termenung tapi terus melangkah ***
wasalam! babai! koje esok wat keje sekolah skit heeeee <3

No comments: