klik secara gumpalan please

Thursday, March 13, 2014

MH370.benda simple tapi kita tak sedar.

Assalamualaikum
sekrang tengah sebuk story  #MH370. aku semestinya takde hupdate ape-ape berkaitan nye.sebab aku lah sikatak bawah gelas. hanya mampu tengok je, tapi belum ade kepastianyang mana sahih yang mane kepalsuan banyak sangat spekulasi dan banyak jugak yang fitnah kan. biarlah aku jadi silent reader..

yang lagi best pengaruh drama melayu kuat sangat nih..
kesian Allahyarham #P.Ramly semoga aman disana *AL-fatihah*

semua tu diluar kuasa manusia tapi kuasa Allah wait and see. eh jangan lupe "DOA"
kadang-kadang aku doakan juga lepas solat, kadang-kadang aku lupe.
 tapi dah terlanjur cerita ni. mohlah kita sedekahkan Al-fatihah dekat meka ye. 
All-Fatihah. :) *dah habis baca al-fatihah, baru sambung baca story kakton ye*

tapi 2-3 hari sebelum ni, ada yang post  kat wall facebook deme yang aku sendiri tak best nak baca.

"kenapa nak sedekah Al-fatihah?? mereka belum mati lagi kot"
aku tgok je.. T-T
ade jugak yang kondem deme kaw-kaw punye. yang maki sedikit sebanyak pun aku tgok. aku?
diam tengok *rasa sedih*. tapi lagi sedih yang duk maki deme. orang tak tahu kita ajar bukan kondem sampai mereka tersasar lagi jauh "hold them"! *omputih kau*
mungkin ni macam simple sangat, tapi untuk pengetahuan aku sndiri yang ilmunye cetek amat. nak ingatkan diri sndri, kita bukan hanya sedekahkan Al-fatihah hanya untuk orang yang dah meninggal sahaja..
tapi kita boleh sedekahkan pada sape-sape yang kita sayang, kasih, cinta, benci, dan semua orang yang kita rasa perlu sedekahkan. sedekah ni tak kirelah berapa banyak nama pun sedekah kan? dan dalam hati kena laaah ikhlas.. kalau benci sangat dengan orang tu kite sedekah je Al-fatihah memanglah tak ikhlas kan sebab tak suke die. tapi mana nak taw kuasa Allah hati jadi lembut jadi nyaman jadi tenang bila orang lain senang kan? senang cerita lebih kurang power of "DOA"
ada jugak yang cakap "apelah sangat dengan doa?" jujurnya dulu masa aku kecik-keci aku selalu tertanya-tanya betul ke kalau doa boleh tercapai ape yang kita nak??*ye aku sangat naif* 
ada yang cakap kalau doa bergulung-gulung tikar sembahyang tapi tak usaha pun tak guna jugak. 
tapi bagi aku Doa dulu, then usaha. solat dulu baru fikir langkah seterusnya apa jalan yang kita pilih. doa dulu baru kita buat pilihan. nampak remeh jeeee. tapi nak buat mmg payah.
tapi POWER of DOA mmg superb. dan banyak kejadian yang aku dapat "CASH" bila aku sedih dan patah hati. ye dulunye aku bukanlah yang sekarang. walaupun aku tak hebat mana.tapi aku percaya rezeki dan Doa yang bawa aku disini dan masih melangkah walaupun saat dulu aku pernah jatuh dan ramai yang tertawakan dan bertepuk tangan. Aku pernah DOA ada kawan yang care kat aku, Alhamdulillah aku dapat. kadang-kadang deme diamkan diri tapi aku tahu mereka mendoakan aku. #harap uols pun sama,doakan aku#
aku doa ade orang mendengarkan aku. syukur jugak DIA pinjamkan sekejap,sampai masa DIA ambil semula. aku doa minta urusan aku dipermudahkan, tapi ALLAH beri aku ujian dan membuat aku matang dan belajar berkomunikasi dengan orang lain. wow! serius berhikmah sebenarnya..
tapi biasalah kan kalau suke ada je orang yang tak suke. tapi aku harap janganlah benci kakton ni.nnt komfem sayang :)

sekrang aku mampu senyum dan masih berusaha kerana doa kalian. hope uols pun camtu ye ^-^

mak aku selalu pesan, jangan lupe doakan diri sendiri.sebab kita hidup untuk diri kita. rohani kena jaga jasmani pun kena jaga.
kalau kita tak minta dari ALLAH untuk kemudahan kita sapa nak bantu kita kan?
sebagai contoh kita nak mintak tolong si polan. kita renunnnngggg je dia. dari atas sampai bawah, dari atas sampai bawah,dari atas sampai bawah.30 minit kita duk tengok tapi tak mintak tolong, adakah deme nak tolong? of coz TIDAK! silap-silap mendapat debik*tumbukan padu*dari Si Dollah sebabnya? kita duk usha je bini dia. tulah makan die kan? -.-"

tapi beza dengan ALLAH, Dia dengar, tapi kaulah pembajet kononnya kau berjaya atas daya usaha kau padahal ALLAH yang bagi, bile susah salahkan tuhan sedangkan kau sendiri sombong bongkak tak mahu DOA.? yelah aku pun sendiri macam tu, tapi kena beringatlah tak salah pun kalau letak self-note sikit kat meja belajar "jangan lupe doa dengan tuhan untuk harini". al-maklumlah kita manusia ni pelupa. takde kisahnya lah,yang penting mintak.! benda simple atau yang mustahil kalau mintak, "kun fa ya kun" Allah boleh bagi tapi tgoklah camne kita. Doa macam mana pulak,dan kite istiqamah kan? orang takde ilmu je cakap "sembahyang tonggang tebalik, tapi hidup kochong-kochong".. beware dengan word ye sayangku sekalian. kita ni semua manusia tak kisahlah yang seksa-meksa, comel, yang cute semua tu dari dia. jngan pernah merasa ilmu kita tinggi. ilmu untuk dikongsi bukan utk kepentingan sendiri dan untuk ambil kesempatan atas orang lain. tapi untuk dikongsi, sikit-sikit pun lama-lama jadi banyak kan? *2pocen utk diri sndiri*


so, dengan kita sedekahkan Al-fatihah pahala kita dapat, ikhlas dapat pahala lagi, insyaALLAH dapat jalan kemudahan bile kita susah nanti.
jangan jadikan budaya ye uols sedekahkan Al-fatihah pada yang telah meninggal only ye. .. ^_^

eh ade jugak cakap bila kita sebut # Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un.# hanya untuk orang meninggal.
kalau kawan-kawan kita jatuh beskal pun kita boleh cakap *sebutan condong diatas* kawan kita demam pun boleh sebut *sebutan condong diatas*.

Dalam Al-quran, Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."  (155-156)
#kopipes#

so, jangan takut cakap benda baik-baik. walaupun selalu cakap benda jahat,
kesimpulannya, jangan tutup pintu hati dari menerima kebaikan walaupun sebesar zarah. jangan menghukum insan lain kerana mereka tidak berpurdah. jangan menyangka yang tidak baik kepada mereka yang telah berhijrah. itu semua Pola dan rantai makanan kehidupan kan?
just keep DOA-DOA dan tawakal kepadaNYA

pray for #MH370..

p/s: dah cukup berjanji dengan diri sendiri nak typing pendek-pendek tapi laju je jadi panjang. dulu-dulu cita-cita nak duduk sebaris dengan A.samad Said.

sikit sajaklah boleh? muehehe


kalau kita jatuh DIA paut
bila kita gelisah DIA penghibur
bila kita diuji DIA lah pemerhati

berhenti kita tangis kerana duka sedangkan kita berhenti berusaha
berhentilah kita mencaci sedangkan kita hanya manusia
berhentilah berdalih jika kita hanya ada kuasa Egois

kelak sedih terus mendongak
kelak sayu terus melangkah
kelak akhir
teruslah berdoa

MH370. doaku terus untukmu
segalanya atas DIA *ALLAH swt :)

teruslah bangga dan bersyukur kalau rezeki anda halal ^-^


No comments: