klik secara gumpalan please

Tuesday, November 12, 2013

buku usang

cerita disusun dalam hati menunggu kata lafaz "aku terima nikahnya"
mereka masih menulis cerita cinta mereka.
cerita kebaikan dan kebahagiaan mereka. sedangkan aku?
masih utuh dengan buku usangku.

mereka menari-nari girang sambil bertepuk tampar. bahagianyaa
aku? masih utuh dengan buku usangku

ya aku masih duduk denganl janji.
aku akan terus ketawa walupun cerita ku.
dasarnya derita, kubelek-belek cerita usangku.
separuhnya telah kau bakar. kau padam agar tiada siapa tahu siapa aku? tiada siapa tahu cerita kau dan aku. kau hebat.
aku? masih menulis bait-bait harapan agar cerita usangku menjadi nyata. aku si mimpi

kubelek-belek si usang.
aku tertawa tatkala cerita lama kubelek.
tanpa sedar air mata tersadung jatuh. aku tak mampu menyambut lalu terseret pena kenangan tenggelam si usang dek air mata

aku masih dalam harapan si buku usang. tapi aku sedar cerita usang akan tetap lapuk. tak mungkin akan berbalik kepada yang baru. natijahnya. si buruk akan kekal buruk yang baru masih mendapat tempat pertama. yg buruk dilupakan. yang baik terus mendapat nama.

si usang akan menjadi sejrah. kau mengajar aku ape itu kehidupan. apa itu perjalanan dan secalit bahagia setelah kau bahagia dengan buku barumu.
aku? tak mengapa lah. rezeki aku bukan disini. mungkin disana ,disitu dan dimana-mana aje. mungkin si usung perlu ku tinggal sebagai kenangan. dan aku perlu seperti kamu mencari bahagia. agar sentiasa mendapat perlindunganNYA,. ilmu aku sedikit, aku tiada baik. kerana aku insan yang masih belajar. masih bertatih dan mencari cahaya kehidupan yang bakal buat aku tersenyum mengingat si usang.

tapi, aku masih berharap roda akan berputar kembali dan si usang masih akan kubuka dan aku menepuk dadasambil berkata. "terima kasih buku usang kau adalah separuh dari aku". si buku yang menjadi sejarah kepada perjalanan hidup aku.

si buku usang yang akan tersenyum dan berkata insya ALLAH dan berhentilah menangis kerana bahagiamu ada pada muka surat seterusnya.
tq :)

::coretan buat sibuku usang.


No comments: