klik secara gumpalan please

Monday, February 11, 2013

doa pembuka 12 pintu

assalamualaikum..
salam jumaat. permpuan salam-salam dengan eton, peluk cium, laga-laga pipi 3x sunnah tu.
 laki senyum bagi sedekah, awok semua bukan mahram saye kehkehkeh.

so, semalam berfikir berjenak-jenak, kita datang dari ALLAH, dan akhrinya pulang pun padaNYA. tu fitrah hakikat lumrah yang wajib kita tahu dan didik hati kita, tapi mmg diakui manusia kan. tak lariii dari dosa.bahkan dosa tu akan terus menghimpit-himpit jiwa manusia. but tu bukan bermakna ALLAH benci kita, tapi die bagi kita peluang untuk terus bertaubat dan pulang padaNYA, didik hati ni, bersangka baik terhadap sesuatu*aku tengah mendidik hati*

so, bile membaca-baca segala karangan manusia panjang-panjang berjela-jela. aku ternampak teringat dan lantas mahu share sikit cerita dan harap berguna kelak.
tapi sebelum tu, mmg lumrah manusia jugak, nak bace sesuatu berjela-jela tanpa arah tuju mmg taklah.*malas* tapi nak share jugak, mmg ngam lah hari ni jumaat baraqah untuk kongsi bersama sedikit ilmu dan semoga kita diberkati.

pernah dengan doa pembuka 12 pintu?
aku pun baru je dengar semester lepas, tengok daifnya aku terhadap agama.. pada umur 22tahun baru ALLAH temukan aku dengan doa ini. disebalik cerita ni ada cerita yang membuatkan aku membuka segala hijab mata hati dan lain-lain.

lecterur aku tu, dia mmg pakej super kacak, macho, caring dan yang penting tegas. dan die sayang anak die kaw-kaw punye >,<
one day, die pegi satu majlis dato' fadzilah kamsah. nak dijadikan cerita, lec den ni haa. bukanlah seorang yang rajin pergi segala majlis sebab jadual yang sangt pack. tapi as lec kena ada mate kredit untuk certain things yang merepek-repek tu, macam kena hadir majlis A, kena hadir majlis B,C dan so on. ingt student je wajib hadir. lec dan staf pun kena tawuk. kalau tak, sape nak datang majlis tu, dah lah siang penat keja malam ada plak majlis2 yang lain pulak. anak bini camne? *kate beliau*

ceritanya, majlis-majlis tambahan ni adalah macam, extra cocuriculum lah.. peel baik, gaji pun cantik. nak naik pangkat pun senang kannnn. sape tak nak? so, mmg berbaloi.
kerja lebih, dan dapat balasan pun baik kan.
so lepas ni jum kerja bertalu-talu ye kawan-kawan.

so esoknya, lec den yang macho ni pun share ngan kitorang..
ada satu cerita, 
si A,seorang hamba ALLAH ni. dia keje macam cameraman ,macam? -.-" alah yang keje belakang tabir tu set up-set up barang untuk pengambaran. si A kenalan kepada Dato' Fadzilah kamsah, so duduk-duduk borak, si A ni duda, ada anak*tak ingt berapa ramai*
mmg nak dari segi gambarannya, mmg ada rupalah *aku tak penah tengok* kalau tak, masa kan anak-anak dara or yang kerja sama-sama dengan die nak pandang-pandang jeling dengan si A ni kan.
die berborak dengan dato'. menurut lec aku, dato' mengaklasifikasikan si A ni baik budi pekertinya dan sangat sayang kepada arwah isterinya.*subhanallah* ni calon-calon idaman hati den ni kehkehkeh*

so, terdetik satu soalan dari dato'. anak awak kecil lagi,tak terdetik nak beristeri?
A ni menyatakan betapa cintanya pada isterinya sehingga menutup pintu hatinya untuk memperisterikan wanita lain.subhanallah* agungnya, cinta yang ALLAH terapkan dalam hati si A ni. *kita suke* hihihi.
then, dato' menyarankan. si A, amalkan doa ni. 
::cinta tu datangnya adalah daripada ALLAH, doa tu, pengikat dan cara kita berkomunikasi dengan ALLAH, tapi kita ni manusia yang khilaf, kadang-kadang terlupa, kerek, tak nak mintak dekat ALLAH ceritanya sebab malu dengan ALLAH? erk-.-" malu buat baik? takde pekdah pun. takut buat jahat kerana ALLAh ha tu berbaloi :)
ni doa nya, bace pelan-pelan pastu hafal laju-laju ye. semoga cepat-cepat dapat hafal :)
panjang lagi cerita ni, nak dipendekkan, 
once upon the time, si hamba Allah si A ni pun, ikut saranan dato' fadzilah kamsah. mintak doa, bertahajut kepada ALLAH swt. so si A ni mengamalkan doa dubelas pintu ni, dan satu hari tu, tak semena-mena, die terjumpa seorang gadis.
cantiknya hanya boleh cakap dengan subhanallah*Cantik tu subjektif*

time tu dekat kedai makan.. si A, seakan terpesona dengan gadis tersebut lalu entah mana datangnya kekuatan dan sifat malunya. dia datang pada gadis tersebut, dengan bibir menutur.
"sudi kah anda menjadi isteri saya"?
gadis tersebut, mahu tak mahu hadap jugak lah muke si A ni. sape tak bengang tengah-tengah makan org kacau kan?ajak kawin pulok?

tapi sangkaan A ingt akan ditolak mentah-mentah.
tapi ketengangan si gadis membuatkan si A lebih ingin mengerti sape gadis tersebut.
gadis" jumpalah sama org tua aku"

nak abiskan cerita, akhirnya.. ALLAH temukan jua dengan jodoh si A dan memberikan rezeki dengan seorang anak yang cantik dan comel..alhamdulillah. aku harap, anak gadisnya itu akan menjadi solehah dan mendapat keberkatan diatas doa yang diamalkan:)

oleh itu, cerita diatas ni. mmg dari mulut ke mulut tapi kandungan die same, just cara pengolahan cerita tu lain. in sha ALLAH baroqahnya jua same. in sha ALLAH, lebih banyak kita meminta dan berkomunikasi denganNYA lagi banyak jalan yang akan DIA beri.
aminn.

::patut jumaat lepas publish tapi, tak sempat today baru settel. alhamdulillah.
tak sedap cerita takpe. janji doa tu jadikan amalan 
:)tq

No comments: